6 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 15 Tahun Dalam 2 Kejadian Berasingan

8 Sep 2026 • 7:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

6 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 15 Tahun Dalam 2 Kejadian Berasingan

KANGAR - Enam lelaki termasuk lima remaja berdepan prosiding mahkamah selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam dua kejadian berasingan pada Julai lalu.

Di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, Muhammad Nabil Naufal Rosli, 18, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa di sebuah rumah di Simpang Empat kira-kira jam 2 pagi, 18 Julai lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berbanding RM12,000 yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 haribulan sehingga kes selesai serta melarangnya menghubungi atau mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Tertuduh yang tidak bekerja dan menetap bersama ibu bapanya di Arau diwakili peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian dan Zuhair Ahmad Zakuan.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan untuk penyerahan dokumen berkaitan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kangar, lima remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berasingan kerana didakwa merogol mangsa secara berkumpulan.

Dua daripada remaja berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu antara kira-kira jam 3 pagi hingga 4 pagi pada 18 Julai lalu.

Seorang daripada remaja berusia 15 tahun turut berdepan pertuduhan kedua bersama tiga lagi remaja, membabitkan kejadian antara kira-kira jam 2 pagi hingga 5 pagi pada 19 Julai lalu di kediaman sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi mengendalikan pendakwaan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, manakala kelima-lima remaja terbabit diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Wan Nursyaheedah Wan Najmi.

Mahkamah membenarkan empat daripada tertuduh diikat jamin RM500 bagi setiap pertuduhan, manakala remaja berusia 15 tahun yang menghadapi dua pertuduhan dibenarkan ikat jamin berjumlah RM1,000.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 7 Oktober depan bagi penyerahan laporan akhlak, fakta kes dan arahan lanjut. - Getaran, 8 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved