71 PTI ditahan di Ranau, Sandakan

13 Nov 2026 • 10:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

71 PTI ditahan di Ranau, Sandakan

RANAU: Seramai 71 pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam dua operasi penguatkuasaan berasingan di Ranau dan Sandakan, Selasa lepas.

Operasi menyaksikan 21 warga asing ditahan di Ranau hasil aduan awam, manakala 50 lagi termasuk 25 kanak-kanak diberkas dalam serbuan di lima kawasan setinggan di Sandakan.

Di Ranau, seramai 14 pegawai Imigresen dengan bantuan anggota Rela daerah itu menjalankan operasi di tiga lokasi selepas menerima aduan berhubung kehadiran warga asing yang mencurigakan.

Daripada 24 individu yang diperiksa, 21 warga Filipina ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen.

Sementara itu, di Sandakan, Ops Sapu dilaksanakan seawal jam 1.35 pagi dengan kekuatan 15 pegawai penguat kuasa yang menyasarkan lima kawasan penempatan setinggan.

Lokasi terbabit ialah Kampung Ulu Dusun Batu 30, Jalan Labuk; Kampung Bimbim Batu 16; Kampung Gum-Gum Kuari 7 dan Kuari 2 serta Flat Taman Sejati Batu 7, Jalan Airport.

Serbuan mengejut itu membawa kepada pemeriksaan terhadap 83 individu sebelum 50 PTI, termasuk 25 kanak-kanak, ditahan.

Secara keseluruhan, seramai 107 individu diperiksa dengan 71 ditahan, terdiri daripada 68 warga Filipina dan tiga warga Indonesia.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan dan tindakan lanjut.

JIM Sabah turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PTI melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) di https://spab.gov.my atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my.

Kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu usaha membanteras kehadiran PTI demi memelihara kedaulatan serta keselamatan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved