111 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di tiga daerah Sabah

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 111 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di tiga daerah Sabah

Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan 111 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Sapu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat.

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan 111 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat selama dua hari bermula Selasa.

JIM Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan terhadap 224 individu, dengan mereka yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Di Kota Kinabalu, sebanyak 66 warga asing ditahan, terdiri daripada 60 warga Filipina dan enam warga Indonesia, manakala di Sandakan, 27 warga asing ditahan melibatkan 26 warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

Sementara itu, operasi di Kudat menyaksikan 18 warga Filipina ditahan.

“Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa, dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing serta memastikan pematuhan undang-undang Imigresen negara sentiasa dipelihara,” menurut kenyataan itu.

JIM Sabah turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran dalam komuniti serta tidak bersekongkol melindungi atau menggaji pendatang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved