8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 10:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan
Antara ADUN yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada Jumaat.
Image from: 8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan
Antara ADUN yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada Jumaat.
Image from: 8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini pada Jumaat.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Rembau.

ADUN BN yang mengangkat sumpah ialah Datuk Mohd Faizal Ramli(Linggi), Datuk Zaifulbahri Idris(Chembong), Datuk Mustapha Nagoor(Palong) dan Datuk Mohd Asna Amin(Lenggeng).

Turut mengangkat sumpah ialah, Datuk Mohd Razi Mohd Ali(Sungai Lui), Siti Nur Umaira Hasim(Labu), Siow Kong Choon(Chennah) dan Suhaimizan Bizar(Gemencheh).

**media[3607674]**

Dua ADUN daripada PN ialah, Mohd Fairuz Mohd Isa(Serting) dan Datuk Razali Abu Samah(Sikamat).

Majlis istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang baharu mengangkat sumpah Ahad lepas.

**media[3607778]**

PRN Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lepas menyaksikan BN memenangi 18 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN tujuh, sekali gus diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved