805 karton rokok tidak bercukai bernilai RM304,893 dirampas

23 Aug 2026 • 11:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 805 karton rokok tidak bercukai bernilai RM304,893 dirampas

PETALING JAYA – Sebanyak 805 karton rokok pelbagai jenama tidak bercukai kastam bernilai RM304,893.50 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata, serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Semenyih dengan bantuan BSJD Kuala Langat.

“Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain rokok, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai Kastam.

Ujarnya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

The post 805 karton rokok tidak bercukai bernilai RM304,893 dirampas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved