Dua lelaki ditahan bawa muatan sawit di Hutan Ramsar Tasik Bera

LocalEnvironment
24 Sep 2026 • 2:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua lelaki ditahan bawa muatan sawit di Hutan Ramsar Tasik Bera

BERA – Dua lelaki ditahan manakala sebuah lori muatan sawit disita kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara di Hutan Simpan Kekal Tasik Bera di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kedua-dua suspek yang berumur 61 tahun dan 27 tahun ditahan pada pukul 1.30 tengah hari semasa operasi penguatkusaan melibatkan pelbagai agensi dilakukan di Hutan Simpan Kekal Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera di sini.

“Dua lelaki berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 47 (1) iaitu memasuki hutan simpan kekal, Seksyen 15 kerana mengambil hasil hutan tanpa kebenaran dan Seksyen 81 (1) (D) iaitu sebarang perbuatan mencari, mengambil, mendedahkan kepada proses pengilangan atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral dalam Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran sah.

“Kedua-dua suspek juga didapati menghalang penjawat awam melakukan tugas dan ditahan reman selama dua hari sehingga esok,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya lori dan muatan sawit disita di bawah Seksyen 88 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan Tapak Ramsar yang diiktiraf sejak 1994 itu kini berhadapan ancaman serius apabila lebih 7,000 hektar kawasan dikatakan diteroka secara hatam dengan tanaman sawit, getah dan pelbagai tanaman kontan.

Pencerobohan itu dipercayai dilakukan oleh dalang atau sindiket berselindung di sebalik nama Orang Asli yang mempergunakan mereka melalui penggunaan isu tanah adat dan juga kawasan rayau etnik itu bagi membuka tanah secara haram. – KOSMO! ONLINE

The post Dua lelaki ditahan bawa muatan sawit di Hutan Ramsar Tasik Bera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved