Orang Asli maut diserang harimau selamat dikebumi

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 11:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang Asli maut diserang harimau selamat dikebumi

PETALING JAYA – Jenazah lelaki Orang Asli, Allahyarham Zamberi Angah, 43, dari Kampung Takong, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak, yang maut diserang harimau belang ketika mencari hasil hutan, selamat dikebumikan, petang tadi.

Perkara itu dikongsikan pengguna media sosial, @Nixamrahman menerusi hantarannya selepas dia berkesempatan menghadiri pengebumian Allahyarham.

“Sempat melawat pengebumian sahabat orang Asli kita, Allahyarham Zamberi Angah dari Kampung Takong, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak, adalah mangsa serangan harimau belang ketika mencari rezeki mengumpul hasil hutan.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman, ahli keluarganya diberi kekuatan, dan para penduduk kampung diberi keselamatan terutamanya dalam tempoh masa yang mencabar,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di Kampung Takung, Pos Perwor.

Mayat mangsa iaitu Zamberi, ditemukan pada pukul 6:58 petang, Isnin lalu di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak.

Susulan itu, Pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara mengambil tindakan segera dengan melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan kejadian.

Ia termasuk mengenal pasti tanda-tanda kehadiran harimau belang susulan insiden serangan haiwan liar itu di Sungai Siput (U) Perak. – KOSMO! ONLINE

The post Orang Asli maut diserang harimau selamat dikebumi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved