90,000 pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 tahun depan

LocalPersonal Finance
26 Oct 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 90,000 pelajar Tingkatan Enam  terima elaun RM2,500 tahun depan

NIBONG TEBAL: Seramai 90,000 pelajar Tingkatan Enam bakal menerima elaun berjumlah RM2,500 seorang mulai tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, elaun itu akan diagihkan mengikut semester dengan setiap pelajar menerima bayaran lebih RM800 bagi setiap semester pengajian.

“Sebaik sahaja pendaftaran anak-anak selesai tahun depan, maka kita akan sampaikan bantuan itu kepada pelajar Tingkatan Enam pada semester pertama mereka.

“Jadi insya-Allah, mereka akan mula mendapat elaun tersebut pada masa itu,” kata­nya ketika ditemui pada Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan bahawa elaun sara hidup sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula tahun depan.

Katanya, pemberian elaun yang akan memanfaatkan kira-kira 90,000 pelajar itu menya­mai kadar elaun yang diberikan kepada pelajar matrikulasi ketika ini.

Fadhlina berkata, pembayaran elaun itu akan bermula pada semester pertama tahun depan selepas urusan pendaftaran pelajar selesai, sekali gus membolehkan bantuan berkenaan disalurkan pada peringkat awal pengajian.

Menurutnya, inisiatif itu me­rupakan antara usaha kerajaan membantu meringankan beban kewangan pelajar, khususnya dalam menampung perbelanjaan sepanjang mengikuti pe­ngajian di Tingkatan Enam. – UTUSAN

The post 90,000 pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 tahun depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved