Netizen Buat Perbandingan Kes Covid-19 Di M’sia & US, Ini Jawapan Padu KJ…

3 Jan 2022 • 1:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam yang korang tahu, varian Omicron yang baru dikesan November lalu telah pun menjangkiti ribuan orang di seluruh dunia. Ekoran ini, banyak negara telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Macam di Malaysia, SOP seperti memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal masih diambil serius, bagaimanapun ada pihak yang merasakan perkara ini menyusahkan.

Seperti baru-baru ini, seorang netizen telah kongsikan di Twitter mendedahkan sepupunya yang duduk di Kansas, Amerika Syarikat memberitahu negara tersebut tidak memaksa rakyat memakai pelitup muka mahu pun mengambil vaksin.

image is not available

Tanpa mendiamkan diri, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah membalas ciapan pemuda ini dengan beberapa artikel menunjukkan peningkatan kes Covid-19 yang sangat tinggi di Amerika Syarikat sekarang.

Kirim salam kepada cousin di Kansas. Semoga sihat sejahtera dan dijauhi dari COVID-19.”

Beberapa netizen turut bersetuju dengan jawapan dari KJ ini dan ada juga yang meminta untuk tak bandingkan negara besar dan luas seperti Amerika Syarikat dengan Malaysia.

image is not available

Dekat Malaysia pun kita tak paksa rakyat ambil vaksin, cuma kalau tak ambil tu duduk rumah diam-diam je lah. Untuk kesihatan diri sendiri jugak kan?

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.