
Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa merupakan salah satu rempah yang bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan sangat sinonim di seluruh dunia.
Meskipun kunyit sering digunakan sebagai rencah di dalam masakan, tahukah anda bahawa kunyit sebenarnya sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan bahan aktif, curcumin yang terdapat di dalam kunyit telah lama dimanfaatkan secara perubatan untuk merawat pelbagai penyakit dermatologi (Sumber).
Berikut adalah beberapa cara bagaimana kunyit boleh memberi manfaat kepada kesihatan kulit anda.

1. Membantu Melegakan Psoriasis
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), psoriasis adalah satu penyakit kulit yang tidak berjangkit dimana kulit penghidap akan lebih cepat menjadi tebal dari kulit yang normal. Kebiasaannya penghidap akan berasa gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza (Sumber).
Antara tanda penyakit psoriasis adalah seperti berlaku keguguran sisik pada kulit, terdapat tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut, dan bahagian lain badan.
Kunyit dikatakan bagus untuk melegakan gejala-gejala psoriasis kerana mempunyai kebolehan anti-radang yang kuat. Bahan aktif curcumin yang terkandung dalam kunyit sering dikaitkan dengan keupayaan penyembuhan yang baik (Sumber).
2. Menyerikan Kulit Wajah
Kunyit juga terkenal dengan kandungan komponen antioksian dan anti-radang yang dipercayai boleh menyerikan kulit wajah.
Antaranya cara tradisional yang boleh anda cuba adalah dengan mengamalkan masker muka yang berasaskan kunyit.
Cara-caranya mudah sahaja;
- Campurkan 1-2 sudu teh serbuk kunyit bersama 1 sudu teh madu dan 1 sudu besar yogurt ke dalam mangkuk.
- Kacaukan sebati sehingga anda mendapat tekstur yang seakan-akan seperti pes masker yang nipis.
- Basuh bersih muka anda untuk menghilangkan kotoran dan kesan solekan.
- Kemudian, sapukan pes masker kunyit secara merata pada keseluruhan kulit wajah.
- Biarkan selama lebih kurang 20 minit dan kemudian bilas dengan air suam.
3. Membantu Menyembuhkan Luka
Kandungan bahan aktif curcumin yang terkandung di dalam kunyit boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan.
Bahan aktif ini bisa merendahkan reaksi dan tindak balas badan anda terhadap kesan luka pada kulit. Perkara ini akan membantu luka tersebut untuk sembuh dengan lebih cepat.
Malah, menurut beberapa sumber kajian telah berjaya membuktikan bahan aktif di dalam kunyit iaitu curcumin mempunyai sifat penyembuhan luka yang ketara. Ianya mampu bertindak pada pelbagai peringkat proses penyembuhan luka secara semulajadi untuk mempercepatkan proses penyembuhan (Sumber).
4. Mengurangkan Parut Jerawat
Selain luka pada wajah, kandungan curcumin yang bertindak sebagai komponen anti-radang dan antioksidan yang terkandung dalam kunyit juga boleh membantu untuk mengurangkan parut jerawat pada permukaan kulit.
Jika digunakan bersama madu, bukan sahaja parut jerawat, anda juga boleh menanggalkan sel-sel mati pada wajah. Jika diamalkan, tidak mustahil kulit wajah mampu menjadi bersih dari sabarang parut.
5. Mencerahkan Kulit Wajah
Berdasarkan satu kajian, hasil dapatan menunjukkan minyak pati kunyit yang diformulasi sebagai losyen boleh mencerahkan kulit dalam masa masa tiga minggu dengan hasil yang bertahan lama (Sumber).
Walaubagaimanapun, perlu ada lebih banyak kajian-kajian yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti kajian dalam membuktikan perkara tersebut.
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

