Rexy tidak gusar keserasian beregu lelaki di kejohanan dunia

8 Aug 2026 • 7:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rexy tidak gusar keserasian beregu lelaki di kejohanan dunia

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yakin beregu lelaki negara tidak berdepan masalah keserasian apabila kembali bergandingan pada Kejohanan Dunia di New Delhi, India bermula 17 hingga 23 Ogos ini.

Rexy berkata, beregu negara mempunyai keserasian yang dibina sejak sekian lama, justeru cabaran utama bukanlah untuk membentuk semula persefahaman, sebaliknya mengembalikan rentak permainan setelah tidak beraksi bersama dalam beberapa kejohanan kebalakangan ini.

“Kita tidak risau sebab mereka sudah lama berpasangan. Cuma sekarang, bagaimana kita hendak kembalikan ‘mood’ berpasangan itu semula. Itu sahaja fokus kita menjelang kejohanan dunia,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di ABM, Bukit Kiara di sini, semalam.

Sejak Terbuka Jepun, bulan lalu, ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi memulakan misi memecah gandingkan beregu-beregu di bawah bimbingannya, bagaimanapun, para pemain terlibat perlu beraksi dengan pasangan lama untuk kejohanan dunia.

Menurut Rexy, Terbuka Korea menjadi medan terakhir untuk menilai keberkesanan gandingan baharu tersebut sebelum kejohanan dunia dan selepas itu, mereka mungkin diuji pada pertandingan di Eropah pula.

Jelas beliau, prestasi pasangan-pasangan baharu itu mula menunjukkan peningkatan berbanding aksi di Jepun dan China apabila tiga gandingan berjaya mara ke suku akhir pada kejohanan di Korea Selatan.

“Di Jepun dan China mereka masih banyak bergantung kepada kemampuan individu, tetapi sejak di Taiwan (minggu lalu) dan Korea (sedang berlangsung) sudah nampak perubahan daripada segi corak permainan sebagai pasangan.

“Bagaimanapun, kita belum boleh membuat penilaian akhir kerana perlu mendapatkan maklum balas daripada Herry sebelum menentukan hala tuju seterusnya,” katanya.

Mengulas mengenai venue kejohanan dunia di Stadium Tertutup Indira Gandhi yang dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik, Rexy berkata, sepanjang pemerhatiannya sejak beliau masih bergelar pemain lagi, gelanggang itu tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

“Saya kali terakhir main di Stadium Indira Gandhi tahun 1993 dan kalau lihat situasi sekarang berbanding selepas Terbuka India, Januari lalu, situasinya masih sama, tiada perubahan signifikan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Rexy berkata, beliau tidak bimbang tentang hal tersebut kerana para pemain lebih arif mengendalikan isu kebersihan, cuma mengenai keadaan stadium yang didakwa masih kelihatan monyet berkeliaran bebas dan sebagainya, itu tanggungjawab BWF untuk mengatasi masalah berkenaan.-UTUSAN

The post Rexy tidak gusar keserasian beregu lelaki di kejohanan dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved