Acara perbarisan diteruskan jika cuaca kekal baik

LocalEnvironment
29 Aug 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Acara perbarisan diteruskan jika cuaca kekal baik

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneruskan acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Dataran Putrajaya di sini pada Isnin ini sekiranya keadaan cuaca kekal baik seperti dilaporkan hari ini dan semalam.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang merupakan sebahagian jawatankuasa induk sambutan Hari Kebangsaan 2026.

“Kita membuat keputusan sekiranya keadaan seperti sedia ada (seperti) pagi ini dan semalam, kita akan teruskan dengan acara pada Isnin,” katanya kepada pemberita selepas sesi raptai penuh Hari Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Pada masa sama, Fahmi berkata, kerajaan akan melaksanakan penilaian dari semasa ke semasa termasuk melakukan pembenihan awan sebagai salah satu usaha memastikan cuaca kekal terkawal.

“Kita akan buat penilaian dari semasa ke semasa dan ada beberapa tindakan bakal diambil termasuk pembenihan awan yang akan diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai proses pembenihan awan, katanya, proses tersebut akan dilaksanakan sekiranya terdapat kumpulan awan yang boleh dibenihkan selain tertakluk kepada penilaian MetMalaysia.

“Ia (pembenihan awan) bergantung sama ada terdapat awan yang boleh dibenihkan. Jadi, penilaian daripada pihak Nadma akan dimaklumkan kepada pihak jawatankuasa.

“Kita harap menjelang hari ini dan esok boleh diadakan pembenihan awan. Tapi semua tertakluk kepada pandangan dan dapatan daripada MetMalaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Acara perbarisan diteruskan jika cuaca kekal baik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved