Bengang Internet Lembab Walaupun Dah Guna 5G, Penduduk Kampung Ikat Juruteknik Pada Menara Pemancar

WorldTechnology
14 Sep 2026 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kena ikat

Penduduk kampung di Hardauli, India, yang sudah hampir dua tahun berdepan masalah rangkaian telefon bimbit akhirnya hilang sabar apabila bertindak mengikat seorang juruteknik pada menara pemancar, Khamis lalu.

Tindakan itu dipercayai dilakukan sebagai desakan supaya pihak penyedia perkhidmatan telefon bimbit segera mengambil tindakan terhadap masalah liputan yang sering mengganggu penduduk di kawasan berkenaan.

Kejadian tersebut turut dirakam dan videonya kemudian tular di media sosial. Menerusi rakaman berkenaan, juruteknik terbabit dilihat telah diikat pada menara pemancar sebelum dikerumuni beberapa penduduk kampung.

Menurut sumber, individu yang merakam kejadian itu mendakwa penduduk sudah terlalu kecewa dengan gangguan rangkaian yang berlarutan selama kira-kira 2 tahun.

Polis memaklumkan bahawa penduduk sebenarnya sudah lama menghadapi masalah tersebut, bagaimanapun suasana menjadi lebih tegang selepas pekerja menara berkenaan tiba di kampung tersebut.

Screenshot 2026 09 14 164319

Apa yang membuatkan penduduk semakin tidak puas hati ialah walaupun menara pemancar terletak di kawasan kampung mereka, masalah rangkaian masih belum dapat diselesaikan.

Lebih mengecewakan lagi, aduan yang dibuat berulang kali kepada syarikat telekomunikasi terbabit juga didakwa tidak membuahkan hasil. Oleh itu, penduduk kemudian mengikat juruteknik yang datang ke kampung itu pada menara pemancar kerana dah terlalu berang.

Mereka turut memberi amaran kepada juruteknik berkenaan yang dirinya tidak akan dilepaskan selagi pegawai syarikat telekomunikasi tidak datang sendiri ke lokasi untuk menyelesaikan masalah rangkaian tersebut.

Ini kerana, penduduk mendakwa mereka sudah membeli tambah nilai prabayar untuk menikmati perkhidmatan 5G. Namun begitu, mereka masih berdepan kesukaran untuk mengakses internet mahupun membuat panggilan telefon kerana masalah liputan.

Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu terus bergegas ke lokasi sebelum membebaskan juruteknik terbabit.

Ketua Balai Polis Bindki, Shailesh Singh mengesahkan bahawa siasatan awal mendapati bahawa tindakan penduduk itu berpunca daripada rasa terlalu marah terhadap masalah rangkaian telefon bimbit yang berpanjangan.

“Penduduk berdepan masalah rangkaian telefon bimbit hingga mendorong mereka mengikat pekerja berkenaan pada menara pemancar,” katanya.

Screenshot 2026 09 14 164339

Susulan kejadian itu, satu laporan polis turut dibuat berdasarkan aduan daripada juruteknik berkenaan. Pihak polis kini sedang meneliti keadaan di lokasi serta rakaman video yang tular bagi mengenal pasti kronologi sebenar kejadian dan individu yang terlibat.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved