Anker Memperlihatkan Fon Telinga Soundcore C50i Dengan Tema Khas Pokémon

GamingDigital
28 May 2026 • 2:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker ialah sebuah jenama aksesori elektronik pengguna yang cukup dikenali untuk penawaran aksesori pengecasan peranti, audio pengguna dan lain-lain. Terkini jenama tersebut telah memperlihatkan penawaran aksesori audio Soundcore mereka yang kini hadir dengan tema watak-watak dari siri animasi popular Pokémon.

Image from: Anker Memperlihatkan Fon Telinga Soundcore C50i Dengan Tema Khas Pokémon

Fon telinga yang diperlihatkan ialah Soundcore C50i, fon telinga dengan rekaan klip di telinga yang memberi pengalaman mendengar yang lebih terbuka. Fon telinga C50i versi asas sudahpun mula ditawarkan di Malaysia, tetapi untuk pasaran Jepun, Anker nampaknya telah memberi fon telinga ini satu nafas baru.

Image from: Anker Memperlihatkan Fon Telinga Soundcore C50i Dengan Tema Khas Pokémon

Di Jepun, Anker telah memperkenalkan Soundcore C50i dengan tema Pokémon, khususnya watak Pikachu dan juga Eevee. Model Pikachu hadir dengan gabungan warna kuning dan hitam, manakala model Eevee pula hadir dengan dua tona warna perang.

Image from: Anker Memperlihatkan Fon Telinga Soundcore C50i Dengan Tema Khas Pokémon

Dari segi ciri-ciri produk pula, fon telinga Soundcore C50i ini hadir dengan tempoh penggunaan 7 jam dengan satu pengecasan penuh, dengan rangka pengecasan membolehkan fon telinga ini digunakan selama 28 jam berturut-turut. Fon telinga ini juga hadir dengan pengesahan kalis debu dan air IP55 yang bermakna bahawa fon telinga ini boleh digunakan sewaktu anda menjalankan pelbagai jenis aktiviti riadah juga tanpa isu.

Anker mengatakan bahawa fon telinga Soundcore C50i edisi Pokémon Pikachu dan Eevee ini akan mula ditawarkan di pasaran Jepun bermula bulan Julai 2026 dengan harga 13,990 yen.