ACL2: Kuching City nyalakan peluang ke pusingan 16 tumbangkan pendahulu kumpulan

FootballSports
26 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACL2: Kuching City nyalakan peluang ke pusingan 16 tumbangkan pendahulu kumpulan

Kuching City menyalakan peluang untuk ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila menumbangkan pendahulu Kumpulan H, Phnom Penh Crown, dalam aksi kedua terakhir peringkat kumpulan di Stadium Taha Ariffin sebentar tadi.

Membawa misi wajib menang untuk meneruskan kemaraan, bintang The Cats, Safawi Rasid, memecahkan kebuntuan seawal minit ke-32 menerusi ledakan lencong jarak jauh kaki kirinya yang tepat menuju ke penjuru kiri atas gawang lawan.

Tuan rumah kemudian menambah dua lagi jaringan dalam separuh masa kedua bermula dengan gol tolakan mudah Jerome Etame pada minit ke-75, disusuli jaringan gerakan solo menarik Dylan Wenzel-Halls dalam waktu kecederaan.

Kemenangan itu, dibantu kekalahan Kitchee di tangan Gangwon dalam satu lagi perlawanan, meletakkan Kuching City di tangga kedua Kumpulan H dengan tujuh mata dan hanya dibezakan dua mata dengan Phnom Penh Crown berbaki satu lagi perlawanan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved