ACLE: Setiap perlawanan umpama final, Eddy Israfilov penting tapi... -- Jurulatih JDT

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACLE: Setiap perlawanan umpama final, Eddy Israfilov penting tapi... -- Jurulatih JDT

Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, percaya barisan pemain yang akan diturunkan sedia memberikan 100 peratus meskipun kehilangan khidmat tonggak utama, Eddy Israfilov, yang menjalani penggantungan dua perlawanan susulan menerima kad merah.

JDT akan turun bagi memburu kemenangan kedua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menjelang aksi bertemu wakil Thailand, Port, di Sultan Ibrahim (SSI) esok.

"Kita kembali dalam saingan kegemaran saya, ACLE sentiasa istimewa lebih-lebih lagi ketika beraksi di laman sendiri.

 

 

 

"Kami perlu terus fokus, berikan aksi terbaik. Esok hari penting dan kami berharap dapat keputusan yang positif.

"Kami mahu teruskan momentum kami, setiap aksi penting seperti satu pentas akhir. Kami menjangkakan aksi sengit esok.

"Eddy Israfilov bagi saya dia merupakan pemain yang sangat sangat penting, juga buat kelab tetapi saya ulangi sekali kali kami ada skuad yang bagus, kami ada 20 pemain yang bersedia untuk turun beraksi. Mereka akan berikan 100 peratus sama ada mereka beraksi 90 minit mahupun 20 minit terakhir." katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved