Ada Berita Baik, JPJ Sedia Transaksi e-Dompet Di Semua Kaunter Di Seluruh Negara

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk rakyat Malaysia yang gemar menggunakan transaksi tanpa tunai!

Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan menyediakan transaksi menggunakan e-dompet untuk semua urus niaga di kaunter JPJ seluruh negara. Pilihan transaksi menggunakan e-dompet ini adalah melalui aplikasi Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara telah bermula hari ini menggunakan aplikasi Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost.

“Setakat ini, JPJ telah merekodkan peningkatan positif dalam penggunaan transaksi tanpa tunai bermula tahun 2024 dengan pelaksanaan fasa rintis di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Hasilnya, JPJ telah memperluaskan pelaksanaan secara berfasa di seluruh negara, melibatkan pengaktifan 1,183 unit terminal Electronic Data Capture (EDC) dan aplikasi M-Device di semua kaunter JPJ,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui phaknya telah merekodkan 46.5 juta transaksi tanpa tunai setakat 24 Ogos lalu membabitkan kutipan sebanyak RM5.6 bilion.

Jumlah itu meningkat berbanding yang direkodkan tahun lalu susulan pengenalan transaksi tanpa tunai melalui bayaran e-dompet.