Ada dadah ‘menyamar’ jadi vape – Caprice

14 Sep 2026 • 1:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ada dadah ‘menyamar’ jadi vape – Caprice

PETALING JAYA – Bentuk penggunaan dadah yang menyerupai vape dikhuatiri menjadikannya lebih mudah didekati golongan muda, ditambah pula dengan kegiatan penjualan bahan terlarang menerusi media sosial.

Pempengaruh dan aktivis, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice berkata, mekanisme penggunaan bahan tersebut yang mirip vape menjadikannya kelihatan familiar dalam kalangan generasi muda berbanding dadah konvensional.

Katanya, keadaan itu menjadi lebih membimbangkan apabila sindiket kini mempunyai akses kepada platform dalam talian untuk mendapatkan pelanggan.

“Vape sudah berada di Malaysia lebih 10 tahun, jadi mekanisme penggunaannya sudah biasa dalam dunia orang muda.

“Kalau dadah lain, ada yang perlu dipotong, digulung atau melalui proses tertentu tetapi yang ini mekanisme penggunaannya seperti vape. Sebab itu ia menjadi lebih dekat dengan golongan muda,” katanya pada pada sidang akbar di Private Place @ Sembang-sembang Cafe Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Caprice, masalah tersebut bertambah serius apabila penjual boleh menggunakan akaun palsu atau identiti tanpa nama di media sosial untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

Katanya, keadaan dunia digital hari ini membolehkan akaun palsu diwujudkan dengan mudah sekali gus berpotensi disalahgunakan sebagai medium penjualan dadah.

“Dunia media sosial lebih menakutkan kerana semuanya boleh dibuat secara ‘anonymous’ (tanpa nama), sama ada melalui Telegram atau akaun palsu di Instagram, TikTok dan Facebook.

“Kalau dahulu polis menyerbu rumah yang menjual dadah, konsep sama sepatutnya digunakan terhadap platform yang menjadi tempat dadah dijual,” katanya.

Caprice turut mempersoalkan keupayaan platform media sosial mengesan pelbagai bentuk pelanggaran kandungan dengan pantas, namun pada masa sama kandungan berkaitan produk terlarang didakwa masih boleh melepasi sistem berkenaan.

Katanya, platform seperti Facebook, TikTok dan Instagram perlu mengambil tanggungjawab penuh serta lebih proaktif mengekang penjualan bahan terlarang.

“Kalau peniaga di TikTok tersalah menyebut nama platform tertentu pun boleh dikenakan strike, tetapi bagaimana produk haram boleh mendapat jualan secara dalam talian?

“Kita perlu memberi tekanan kepada Facebook, TikTok dan Instagram. Mereka kena bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak cuba berinteraksi dengan akaun yang menawarkan dadah sekiranya terserempak kandungan sedemikian, termasuk bertanyakan harga atau cuba mendapatkan maklumat sendiri.

Sebaliknya, katanya, kandungan itu perlu segera dilaporkan menerusi saluran sewajarnya supaya lebih banyak tekanan dapat diberikan kepada platform untuk bertindak.

“Apabila nampak kandungan menjual dadah, laporkan. Jangan engage (berinteraksi), jangan pandai-pandai tanya soalan atau harga.

“Lebih ramai orang awam membuat laporan, lebih besar tekanan yang boleh kita berikan kepada platform,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Ada dadah ‘menyamar’ jadi vape – Caprice appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved