“Ada Juga Isteri Sebaik Ini” – Nora Danish Dilamar Jadi Isteri Kedua

16 Oct 2026 • 12:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Nora Danish meluahkan rasa sebak selepas membaca perkongsian seorang isteri yang sedang mencari calon isteri kedua buat suaminya.
  • Individu itu menyifatkan suaminya sebagai lelaki beriman dan baik, malah mengajak Nora, 44, menjalani proses taaruf bersama suaminya.
  • Nora meluahkan rasa terharu dan tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat kesanggupan seorang isteri membuka ruang untuk suami berkahwin lagi.

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa sebak selepas membaca perkongsian seorang individu di Threads yang mengakui sedang mencari calon isteri kedua buat suaminya.

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang beriman dan sangat baik.

Wanita ajak Nora Danish berkenalan dengan suami?

Image from: “Ada Juga Isteri Sebaik Ini” – Nora Danish Dilamar Jadi Isteri Kedua

Malah, dia turut mengajak Nora untuk menjalani proses taaruf bersama suaminya.

Suami saya beriman dan sangat baik.

Saya sedang mencari jodoh kedua buat suami saya.

Jika Nora sudi berta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati.”

“Ada juga isteri sebaik ini” – Nora

Image from: “Ada Juga Isteri Sebaik Ini” – Nora Danish Dilamar Jadi Isteri Kedua

Perkongsian itu nyata menyentuh hati Nora yang seolah-olah tidak menyangka masih ada isteri sanggup membuka ruang buat suami untuk berkahwin lagi.

Menerusi reaksinya, pelakon itu meluahkan perasaan bercampur-baur apabila mengenangkan pengorbanan seorang isteri yang sanggup berkongsi pasangan hidupnya.

Tak tahu nak rasa apa.

Kalau ini benar, sayunya hati. Ada juga isteri sebaik ini.

Luahan Nora itu turut mengundang perhatian ramai, apatah lagi isu poligami sering mencetuskan pelbagai reaksi kerana melibatkan perasaan, pengorbanan dan komitmen dalam rumah tangga.

The post “Ada Juga Isteri Sebaik Ini” – Nora Danish Dilamar Jadi Isteri Kedua appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved