Ada kesan trauma tumpul pada kepala, leher mayat Sungai Kinta

3 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ada kesan trauma tumpul pada kepala, leher mayat Sungai Kinta

BATU GAJAH – Kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala dan leher dikesan pada mayat lelaki yang dihanyutkan arus Sungai Kinta berhampiran Jambatan Menara Tanjak di sini Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Superintendan Rasyidi Harun berkata, hasil bedah siasat bagaimanapun mengesahkan lelaki warga tempatan itu meninggal dunia akibat lemas.

Katanya, mangsa dipercayai lelaki berbangsa India berusia lingkungan 40-an dan ke atas.

“Mayat mangsa memakai jersi merah putih tertera tulisan Mizuno, seluar panjang hitam dan tali pinggang berwarna hijau, ditemukan orang awam pada pukul 6.01 petang, kemudian dibawa naik ke tebing sungai berhampiran Jambatan Kampung Pisang dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, cap jari mangsa telah dihantar ke Bukit Aman untuk pengesahan identiti manakala hebahan media turut dibuat bagi mengesan waris atau ahli keluarga mangsa.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Lukman Ismail di talian 013-4064006.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Balai Polis Batu Gajah di talian 05-3629133 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3629050,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ada kesan trauma tumpul pada kepala, leher mayat Sungai Kinta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved