GV Fantasia: Persembahan ‘Steady’, Tapi Ada Sebab Ramli MS Tegur Zahid - “Bahagian Teknikal Jangan Main-Main…”

10 Nov 2026 • 4:03 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Persembahan ‘Steady’, Tapi Ada Sebab Ramli MS Tegur Zahid - “Bahagian Teknikal Jangan Main-Main…”

Maestro muzik dan juga ketua juri Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Profesor Adjung Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan Zahid pada minggu pertama program itu sebagai baik, namun masih terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu diperbaiki.Menurut Ramli, Zahid mempunyai gaya persembahan yang bersahaja, namun sikap tersebut tidak seharusnya mempengaruhi aspek teknikal nyanyian.Malah kata Ramli, selepas ini, Zahid seharusnya memberikan perhatian terhadap kawalan pernafasan dan tenaga ketika menyampaikan lagu kerana perkara itu memainkan peranan dalam memastikan persembahan yang lebih mantap.“Zahid sangat steady ketika persembahan cuma sikapnya yang suka main-main itu. Main-main bukan bermaksud dia tidak serius, tetapi lebih kepada gaya persembahannya.“Jadi kalau ada bahagian teknikal, tidak boleh main-main. Kalau dalam persembahan nak bersahaja, tidak mengapa.“Tetapi apabila melibatkan bahagian teknikal, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana persembahan boleh menjadi kurang kemas,” katanya ketika ditemui Gempak.Mengulas mengenai persembahan bintang GVF yang lain, Ramli berkata ada sebahagian daripada mereka sudah lama tidak membuat persembahan di pentas besar dan berdepan dengan masalah gementar atau pun ‘stage fright’.Tambahnya lagi, keadaan tersebut turut menjadi antara cabaran yang perlu diatasi mereka bagi memastikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan.“Saya lihat ada yant sudah lama tidak menyanyi, jadi perasaan gementar atau pun ‘stage fright’ itu menghantui mereka.“Selain itu, aspek kawalan pernafasan, energi juga banyak yang kurang, jadi mereka perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan tersebut,” ujarnya.Minggu pertama GVF menyaksikan Zahid yang menyampaikan lagu Milikku berada ditempat keenam dengan peratusan markah sebanyak 51.11 peratus.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganzaMenambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved