“Adik Beradik Dan Sepupu” – Tiga Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran 202 Rumah Atas Air Di Kota Kinabalu

30 Aug 2026 • 10:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tiga kanak-kanak yang terkorban dalam kebakaran besar di Kampung Lok Buta, Sabah dikenal pasti mempunyai hubungan kekeluargaan rapat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dua daripada mangsa merupakan adik-beradik manakala seorang lagi adalah sepupu mereka.

Identiti tiga mangsa dikenal pasti

Image from: “Adik Beradik Dan Sepupu” – Tiga Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran 202 Rumah Atas Air Di Kota Kinabalu
Kredit foto: JBPM Sabah

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan tiga mangsa tersebut ialah Mohd Asrul Abdullah, enam tahun ; Nana, empat tahun dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah berumur lapan tahun.

Mohd Asrul dan Nana adalah adik beradik dan Nurfarahdilah adalah sepupu dua beradik tersebut.

Image from: “Adik Beradik Dan Sepupu” – Tiga Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran 202 Rumah Atas Air Di Kota Kinabalu
Kredit foto: JBPM Sabah

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 202 rumah setinggan atas air di Kampung Lok Buta musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi Ahad.

Pihak berkuasa kini sedang meneliti jumlah sebenar rumah yang terjejas dan perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

The post “Adik Beradik Dan Sepupu” – Tiga Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran 202 Rumah Atas Air Di Kota Kinabalu appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved