Datuk terkilan tidak sedar cucu terperangkap dalam kebakaran

30 Aug 2026 • 2:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Datuk terkilan tidak sedar cucu terperangkap dalam kebakaran

Tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran Kampung Lok Buta, lebih 200 rumah musnah dan keluarga mangsa berkongsi detik cemas menyelamatkan diri

KOTA KINABALU: Ahli keluarga tiga kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Lok Buta, Numbak, awal pagi hari ini tidak menyedari mangsa masih berada di dalam rumah ketika kejadian berlaku.

Datuk kepada ketiga-tiga mangsa itu, M. Nasir Jalani, 68, berkata dia terjaga apabila terdengar jeritan seorang daripada anaknya yang memberitahu rumah jiran mereka terbakar.

“Anak beritahu rumah tidak boleh sudah diselamatkan, jadi pakcik lari. Pakcik balik lagi dalam rumah, tapi tiada budak. Kalau saya tahu budak itu dalam bilik, mungkin pakcik boleh selamatkan,” katanya ketika ditemui di kawasan kejadian di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud.

M. Nasir berkata dia menjemput ketiga-tiga cucunya itu datang ke rumahnya beberapa hari lepas bagi meraikan majlis perkahwinan seorang daripada anaknya. 

Kehilangan ketiga-tiga cucunya itu hanya disedari selepas mereka sekeluarga berada di kawasan yang selamat. 

Dalam kejadian itu, lebih 200 rumah musnah mengorbankan tiga kanak-kanak, termasuk dua beradik, iaitu Nana Abdullah, 4, dan abangnya Mohd Asrul Abdullah, 6, serta sepupu mereka Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8. 

Seorang lagi penduduk Roslani Ladin, 65, berkata dia sempat menyelamatkan lebih 10 ahli keluarganya dengan menggunakan bot ke rumah ahli keluarganya yang tidak jauh dari tempat kejadian.

Roslani yang juga seorang nelayan berkata dia berulang-alik memindahkan keluarganya kerana ketika itu api belum merebak ke rumahnya yang turut musnah dalam bencana itu.

“Kami tinggal disini lebih 20 tahun. Dulu pernah berlaku kebakaran tapi bukan di sini. Ini kali pertama untuk Kampung Lok Buta,” katanya yang ketika ini terpaksa menumpang di rumah seorang daripada anaknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved