‘Adik saya di Nepal masih gagal dihubungi’

27 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Adik saya di Nepal masih gagal dihubungi’

KUALA LUMPUR: Seorang waris rakyat Malaysia yang menyertai perjalanan ke Annapurna mendoakan agar adiknya dapat ditemukan dengan selamat ekoran tragedi banjir dahsyat di Nepal semalam.

Menurut hantaran Threads Irfarina, pihak keluarga dimaklumkan bahawa nama adiknya tidak tersenarai sebagai individu yang hilang selepas semakan dibuat dengan Kedutaan Malaysia di Nepal.

“Alhamdulillah, saya sudah menghubungi kedutaan di sana dan nama dia memang tiada dalam senarai hilang.

“Cuma sampai sekarang masih tidak dapat dihubungi kerana talian di sana memang sedang bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, adiknya menyertai satu perjalanan ke Annapurna, namun tidak mengetahui agensi atau syarikat pelancongan yang mengendalikan perjalanan tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan dalam usaha mengesan 54 rakyat Malaysia masih belum dihubungi ekoran bencana banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa, Nepal.

Katanya, Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.

Media antarabangsa melaporkan banjir berlaku akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal.

Warga asing lain yang terputus hubungan termasuk 142 warga India, dengan 37 daripadanya menetap di luar negara, serta ramai warga Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS).-UTUSAN

The post ‘Adik saya di Nepal masih gagal dihubungi’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved