Kerajaan kesan 54 rakyat Malaysia belum dihubungi di Nepal – Anwar

27 Aug 2026 • 10:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan kesan 54 rakyat Malaysia belum dihubungi di Nepal – Anwar

PETALING JAYA: Kerajaan dalam usaha mengesan 54 rakyat Malaysia masih belum dihubungi ekoran bencana banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa, Nepal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan. 

“Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, pihaknya terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini dan usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui  dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan banjir berlaku akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan banyak kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure, Nepal.

Warga asing lain yang terputus hubungan termasuk 142 warga India, dengan 37 daripadanya menetap di luar negara, serta ramai warga Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (AS).-UTUSAN

The post Kerajaan kesan 54 rakyat Malaysia belum dihubungi di Nepal – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved