Adinda Sultan Terengganu mangkat 

24 Oct 2026 • 10:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Adinda Sultan Terengganu mangkat 

KUALA TERENGGANU: Adinda kepada Sultan Terengganu, Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 1.20 pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Terengganu, Datuk  Mohd. Sophian  Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata,  jenazah Allahyarham dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, dekat sini pada pukul 1.15 petang ini menggunakan pesawat khas sebelum dibawa ke Balai Islam untuk penghormatan terakhir.

Katanya, jenazah kemudian dibawa ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini selepas solat Asar dan solat jenazah pada pukul 4.13 petang.

Istiadat pemakaman berlangsung sebaik sahaja  jenazah tiba di makam diraja berkenaan sebelum urusan bersurai.

Sehubungan itu, Pemangku Raja Terengganu turut berkenan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula hari ini.

Majlis tahlil diadakan selama tiga malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Majlis tahlil malam pertama dijadual berlangsung pada pukul 7.45 malam ini. – UTUSAN

 

The post Adinda Sultan Terengganu mangkat  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved