Aduan guru terus berjawab, Fadhlina lulus RM150,000 bina laluan Jetfloat

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 1:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Fadhlina Sidek meluluskan RM150,000 bagi pembinaan laluan Jetfloat untuk murid SK Iskandar, Bera

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengambil tindakan segera selepas seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar, Bera, Pahang, memaklumkan mengenai keadaan laluan titi yang digunakan murid untuk ke sekolah setiap pagi.

Perkara itu bermula selepas Fadhlina menerusi hantaran di media sosial memperkenalkan segmen ‘Fadhlina Buat Apa?’ bagi berkongsi pencapaian dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.

Hantaran tersebut kemudian mendapat respons seorang guru dari SK Iskandar yang berkongsi keadaan laluan murid di kawasan pedalaman berkenaan.

Guru itu menjelaskan, laluan titi tersebut digunakan anak murid setiap pagi, selain memaklumkan pihak sekolah sebelum ini sudah berusaha membina titi berkenaan meskipun keadaannya agak daif.

Menurutnya, KPM juga telah menyediakan bantuan bot dan enjin untuk kegunaan pelajar yang tinggal di seberang tasik.

Namun, apabila paras air surut, bot tidak dapat bergerak sehingga ke tebing menyebabkan laluan titi tetap diperlukan bagi memudahkan pergerakan murid.

Image from: Aduan guru terus berjawab, Fadhlina lulus RM150,000 bina laluan Jetfloat
Baca juga:

Guru berkenaan turut menjelaskan bahawa perkongsian itu bukan bertujuan mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya berharap Fadhlina dapat membantu menyediakan bahan untuk membaik pulih dan menaik taraf laluan tersebut.

Malah, katanya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang turut baru-baru ini melakukan lawatan ke sekolah berkenaan bagi melihat keadaan di kawasan pedalaman itu.

Menjawab perkongsian tersebut, Fadhlina berkata beliau telah membuat semakan dengan pihak JPN Pahang berhubung keperluan laluan berkenaan.

“Hasil semakan tersebut, kos bagi laluan ini adalah sebanyak RM150,000 untuk modul Jetfloat.

“Lulus, ya cikgu. Saya telah meminta pihak JPN untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Fadhlina berharap usaha itu dapat memudahkan urusan guru serta memberikan manfaat dan keselesaan kepada anak-anak yang menggunakan laluan tersebut untuk ke sekolah.

The post Aduan guru terus berjawab, Fadhlina lulus RM150,000 bina laluan Jetfloat appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved