ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan

1 Nov 2026 • 3:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan
Abdul Ghafar dan anaknya dilaporkan mengalami kecederaan ringan termasuk pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. FOTO TULAR

YAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan di Ulu Sedaka di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki dilaporkan terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sedaka.

Susulan kemalangan tersebut mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan, begitu juga pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat tersebut, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan mengarahkan anggota kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian sebelum memaklumkan insiden itu kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

“Hasil maklumat daripada anggota MPV mendapati pemandu Proton X50 itu ialah anak lelaki ADUN Guar Chempedak yang berusia 32 tahun, manakala Abdul Ghafar merupakan penumpang kenderaan tersebut.

“Ketiga-tiga individu yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Terdahulu, kejadian berkenaan turut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook oleh kumpulan Kaki Jalan 66's yang berada di daerah itu bagi menyertai program Explore Ride Yan Kedah.

Menerusi hantaran tersebut, kumpulan berkenaan memaklumkan bahawa Abdul Ghafar sepatutnya menyertai mereka untuk bersarapan di sebuah gerai roti canai sebelum kejadian berlaku.

Mereka turut mendoakan agar ADUN berkenaan dan anaknya segera pulih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved