Dua maut Myvi terbabas masuk laluan bertentangan

1 Nov 2026 • 10:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua maut Myvi terbabas masuk laluan bertentangan

AMPANG JAYA – Dua individu maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala ke Bukit Antarabangsa, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam apabila sebuah Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, kereta yang dipandu lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras sebelum melanggar bahagian hadapan sebuah Toyota Vellfire.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Ampang.

“Pemandu Toyota Vellfire turut mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, manakala penumpangnya masih menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua maut Myvi terbabas masuk laluan bertentangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved