Dua lelaki maut kemalangan Myvi-Vellfire

LocalCars
1 Nov 2026 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki maut kemalangan Myvi-Vellfire
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan kemalangan di MRR2, Ampang pada Ahad.

AMPANG – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Vellfire di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Bukit Antarabangsa, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistan Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam apabila Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Kereta yang dipandu seorang lelaki itu dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras sebelum bertembung dengan bahagian hadapan Toyota Vellfire berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Khairul Anuar berkata, pemandu Toyota Vellfire turut mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, manakala penumpangnya masih menerima rawatan lanjut.

"Kedua-dua lelaki itu berusia 18 dan 43 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang yang melihat kemalangan tersebut diminta untuk tampil ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved