Aedy Ashraf Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu, Perjalanan 8 Tahun Lalu Rupanya Penuh Makna

EntertainmentCars
2 Oct 2026 • 8:42 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Aedy Ashraf Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu, Perjalanan 8 Tahun Lalu Rupanya Penuh Makna

KUALA LUMPUR – Pelakon Aedy Ashraf mencuri perhatian selepas kisahnya menghadiahkan sebuah kereta baharu buat ibunya dikongsikan di media sosial.

Menerusi hantaran TikTok Ben Ali, Aedy dilihat bersama ibunya dalam satu momen penuh emosi selepas dia berjaya menghadiahkan kereta tersebut hasil usaha dan kerja kerasnya.

8 Tahun Lalu Hanya Mampu Beli Kereta Second Hand

Menurut Ben Ali, kira-kira lapan tahun lalu Aedy hanya mampu membeli sebuah kereta terpakai.

Namun, selepas bertahun-tahun berusaha, Aedy kini berada pada tahap berbeza apabila mampu menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada ibunya.

“Dulu, 8 tahun lepas, kau hanya mampu beli kereta second hand. Tapi sekarang, Alhamdulillah, kau dah mampu hadiahkan ibu kereta brand new!” tulisnya.

Rezeki Hasil Titik Peluh Dan Kerja Keras

Perkongsian itu turut menggambarkan hadiah berkenaan bukan sekadar sebuah kereta, sebaliknya hasil daripada perjalanan dan usaha Aedy selama bertahun-tahun.

Ben Ali menyifatkan pencapaian tersebut sebagai gambaran sebenar tentang hasil kerja keras dan ketekunan seseorang dalam mengejar kejayaan.

“This is what hard work and perseverance look like,” katanya.

Ramai Tumpang Gembira

Perkongsian berkenaan turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan Aedy menghadiahkan kereta kepada ibunya.

Ada yang menyifatkan Aedy sebagai anak yang baik, selain mendoakan agar rezekinya terus dilimpahkan.

Menerusi ruangan komen, turut ada warganet yang mengenali ibu Aedy sebagai Liza Zain, yang juga pernah terlibat dalam bidang lakonan.

Ramai juga mengakui tersentuh melihat momen tersebut dan berharap kisah Aedy menjadi inspirasi kepada anak-anak lain untuk terus berusaha serta menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada. – The Malaysian Update

The post Aedy Ashraf Hadiahkan Kereta Baharu Buat Ibu, Perjalanan 8 Tahun Lalu Rupanya Penuh Makna appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved