ATLET karate negara, Adeola Fay Robert mencipta kejayaan membanggakan apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Selasa.
Adeola menampilkan aksi cemerlang dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) di Toyohashi Gymnasium untuk menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi 6-4 pada perlawanan akhir.
Sebelum mara ke final, Adeola terlebih dahulu menyingkirkan wakil Kazakhstan, Bella Samasheva 5-4 dalam aksi separuh akhir untuk mengesahkan tempat ke pentas penentuan.
Kejayaan itu turut meneruskan perkembangan positif Adeola yang sebelum ini meraih pingat gangsa dalam acara kumite wanita 55kg pada Sukan SEA Bangkok 2025, Disember lalu.






