“Rasa Begitu Tenang” Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Di Masjid Kampung Malaysia

21 Sep 2026 • 10:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Rasa Begitu Tenang” Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Di Masjid Kampung Malaysia

Solat Jumaat bukan sekadar kewajipan yang dilaksanakan setiap minggu, malah menjadi antara waktu yang memperlihatkan bagaimana masyarakat berkumpul dan berinteraksi dalam suasana penuh kemesraan.

Di sesetengah kawasan, terutama di kampung, suasana sebelum dan selepas solat Jumaat mungkin terasa lebih dekat.

Jemaah hadir dengan tenang, saling bersalaman, bertanya khabar dan meluangkan masa bersama sebelum kembali meneruskan rutin masing-masing.

Bagi mereka yang pernah merasai suasana seperti ini, pengalaman menunaikan solat Jumaat di masjid kampung boleh meninggalkan kenangan tersendiri, lebih-lebih lagi apabila suasana yang dilihat mengingatkan kepada tempat asal atau kampung halaman yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan.

Pertama kali solat Jumaat di Malaysia

Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki dari Indonesia menerusi TikTok @arik_nyet mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi pengalamannya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid kampung di Negeri Sembilan.

Menurutnya, suasana di masjid itu sudah terasa berbeza sebaik sahaja dia tiba.

Image from: “Rasa Begitu Tenang” Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Di Masjid Kampung Malaysia
Kredit: Tiktok @arik_nyet

Suasana masjid buat dirinya teringat kampung halaman

Katanya, suasana yang sederhana serta ketenangan jemaah yang hadir membuatkan dia berasa selesa, ditambah pula dengan sikap mereka yang saling bersalaman dan bertegur sapa.

“Dari awal datang, terasa suasananya yang sederhana. Orang-orang datang dengan tenang, saling bersalaman dan menyapa,” katanya.

Image from: “Rasa Begitu Tenang” Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Di Masjid Kampung Malaysia
Kredit: Tiktok @arik_nyet

Namun, apa yang paling menarik perhatiannya ialah kemesraan yang dirasai dalam kalangan jemaah.

Menurut lelaki itu, masjid berkenaan bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat, sebaliknya turut menjadi ruang untuk masyarakat kampung berkumpul dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

“Saya paling suka, suasananya terasa dekat. Bukan cuma sebagai tempat solat, tapi seperti tempat berkumpulnya masyarakat kampung,” katanya.

Baca juga:
Image from: “Rasa Begitu Tenang” Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Di Masjid Kampung Malaysia
Kredit: Tiktok @arik_nyet

Walaupun baru seminggu berada di Malaysia, suasana tersebut sudah cukup untuk membuatkan lelaki itu teringat akan kampung halamannya di Indonesia.

Image from: “Rasa Begitu Tenang” Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Di Masjid Kampung Malaysia
Kredit: Tiktok @arik_nyet

“Saya yang berasal dari Indonesia pun rasa macam sedang melihat suasana kampung halaman sendiri,” katanya.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman mengenai suasana solat Jumaat di kampung masing-masing.

Bagi sesetengah netizen, kemeriahan solat Jumaat bukan semata-mata bergantung kepada kemudahan atau saiz masjid, sebaliknya suasana serta kemesraan masyarakat setempat yang menjadikannya lebih bermakna.

“Bagi saya, semua tempat kampung di Malaysia adalah seronok untuk solat Jumaatnya,” komen seorang netizen.

Sementara itu, seorang lagi netizen berkongsi pengalamannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri di Kota Bharu, Kelantan yang disifatkannya begitu meriah.

“Bagi saya, solat Jumaat di Masjid Negeri di Kota Bharu paling best. Macam suasana Hari Raya, meriah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved