'Ahli Lembaga TH bukan 'pasu bunga', tak boleh lari tanggungjawab' - Syahredzan

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 8:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Ahli Lembaga TH bukan 'pasu bunga', tak boleh lari tanggungjawab' - Syahredzan
Syahredzan berkata, persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap situasi sukar yang melanda TH dalam tempoh berkenaan.

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar memegang jawatan, menerima elaun dan keistimewaan, sebaliknya mempunyai tanggungjawab fiduciari terhadap institusi pengurusan dana jemaah haji itu.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, justeru ahli lembaga yang berkhidmat pada penggal ketika TH mengalami kemerosotan sehingga mencapai titik paling rendah pada 2017, tidak sepatutnya mengelak daripada memikul tanggungjawab terhadap keadaan berkenaan.

Beliau berkata, persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap situasi sukar yang melanda TH dalam tempoh berkenaan.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa ahli-ahli Lembaga Tabung Haji pada penggal tersebut ataupun 'period' tersebut bukanlah 'pasu bunga'.

"Mereka dilantik dan mereka mempunyai tanggungjawab fiduciari terhadap Tabung Haji.

"Mereka tidak boleh ambil elaun, ambil gaji, dapat keistimewaan sebagai ahli lembaga tetapi mengelak daripada tanggungjawab apabila berlakunya masalah atau kerosakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan Sidang Khas Parlimen mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved