Ahli politik sentuh 3R ketika berkempen? Tindakan boleh diambil jika ada unsur hasutan

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kenyataan ahli politik yang menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan institusi diraja (3R), termasuk ketika berucap dalam kempen pilihan raya, boleh dikenakan tindakan sekiranya mempunyai unsur menghasut.

Sekiranya ada unsur menghasut, boleh diambil tindakan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menyatakan, siasatan terhadap kenyataan atau kandungan berkaitan 3R diterajui Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memainkan peranan sekiranya diperlukan.

“Sekiranya sesuatu kenyataan bersifat menghasut, ia boleh diambil tindakan di bawah akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan sebagainya. PDRM akan laksanakan siasatan.
“Semua aktiviti dalam talian sememangnya dipantau MCMC, namun bagi kandungan yang bersifat 3R, PDRM akan mengambil inisiatif untuk menjalankan siasatan,” katanya selepas majlis pelancaran kenderaan penghantaran elektrik (EV) SPX Express di sini, hari ini.

Image from: Ahli politik sentuh 3R ketika berkempen? Tindakan boleh diambil jika ada unsur hasutan

MCMC akan ambil peranan jika diminta PDRM

Beliau menambah demikian ketika ditanya mengenai tindakan terhadap kenyataan ahli politik yang berbaur 3R, termasuk kenyataan secara lisan ketika kempen politik.

Jelasnya lagi, MCMC akan mengambil peranan sekiranya diminta oleh PDRM seperti meminta platform menurunkan kandungan atau memberi bantuan teknikal untuk mengesan pihak yang memuat naik kenyataan berkenaan.

“Bidang kuasa MCMC adalah terhad di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA), manakala polis boleh menggunakan akta lain dalam menjalankan siasatan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sentimen rakyat yang melihat kementerian mengamalkan pilih kasih dalam isu 3R, Teo berkata, beliau percaya PDRM akan menjalankan tanggungjawab secara adil dan saksama.

“Oleh sebab isu 3R disiasat oleh PDRM, saya percaya mereka akan menjalankan tanggungjawab secara adil dan saksama.
“Siasatan terhadap kandungan 3R diterajui oleh PDRM, manakala MCMC membantu apabila diperlukan, termasuk dalam perkara berkaitan kandungan yang disebarkan secara dalam talian,” katanya.

Image from: Ahli politik sentuh 3R ketika berkempen? Tindakan boleh diambil jika ada unsur hasutan

Sumber: Buletin TV3 (Hafiz Ithnin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved