[VIDEO] Lagi kes bendera Johor, Jalur Gemilang dipasang terbalik

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 6:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lagi kes bendera Johor, Jalur Gemilang dipasang terbalik

ISKANDAR PUTERI – Tindakan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian SILC, di sini, memasang bendera Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik mencetuskan rasa kurang senang apabila ia didakwa berlaku ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai sangat biadap selain tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan pihak yang berada di negara ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa khususnya Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan polis perlu mengambil tindakan tegas sekiranya hasil siasatan mendapati pemasangan bendera itu dilakukan dengan sengaja.

“Saya menerima aduan mengenai sebuah kilang di Kawasan SILC, Iskandar Puteri yang memasang bendera secara terbalik.

“Sikap ini sangat kurang ajar dan tidak berprinsip. Saya menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Pandak berkata, perkara membabitkan Jalur Gemilang dan bendera Johor tidak boleh dipandang ringan kerana kedua-duanya melambangkan maruah, kedaulatan serta identiti negara dan negeri.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila perkara itu berlaku ketika sambutan Bulan Kebangsaan sedang berlangsung dan rakyat giat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kepada negara.

“Negara kita sudah merdeka hampir 69 tahun, tetapi masih ada pihak yang dilihat sengaja mengeruhkan keadaan dan tidak mempunyai semangat patriotik.

“Kalau benar ia dilakukan dengan sengaja, ini bukan lagi soal tersilap memasang bendera, tetapi soal menghormati negara dan negeri tempat kita mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan kilang juga perlu memberi perhatian serius terhadap perkara itu dan memastikan bendera dipasang mengikut kedudukan yang betul.

Katanya, tindakan tegas wajar diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang serta menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya lebih menghormati simbol negara dan negeri.-KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Lagi kes bendera Johor, Jalur Gemilang dipasang terbalik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved