
ISKANDAR PUTERI: Sebuah kilang di Kawasan Perindustrian SILC, di sini, dikesan memasang bendera Jalur Gemilang dan negeri Johor secara terbalik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi ketika negara sedang meraikan sambutan Bulan Kebangsaan, bulan ini.
Sehubungan itu, pihaknya berharap pihak berkuasa termasuk polis dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu dilakukan dengan sengaja.
“Saya terima aduan sebuah kilang di Kawasan SILC, Iskandar Puteri yang memasang bendera secara terbalik. Sikap ini sangat kurang ajar dan tidak berprinsip.
“Saya menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu ini,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya, hari ini.
Tambah Pandak, perkara sedemikian tidak boleh dipandang ringan kerana bendera Malaysia dan Johor melambangkan maruah, kedaulatan serta identiti negara dan negeri ini.
“Negara kita sudah merdeka hampir 69 tahun, tetapi masih ada pihak yang dilihat sengaja mengeruhkan keadaan dan tidak mempunyai semangat patriotik.
“Kalau ia dilakukan dengan sengaja, ini bukan lagi soal tersilap memasang bendera, tetapi soal menghormati negara dan negeri tempat kita mencari rezeki,” katanya.
Beliau turut berharap tindakan tegas diambil bagi bagi memastikan kejadian sama tidak berulang serta menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya lebih menghormati simbol negara dan negeri.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee dilaporkan berkata, seorang wanita tempatan dan seorang pekerja warganegara Nepal ditahan susulan pemasangan bendera Malaysia dan bendera negeri Johor dalam keadaan terbalik di sebuah kilang di Kulai.-UTUSAN
The post Kilang di Iskandar Puteri pula kibar Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik appeared first on Utusan Malaysia.






![[VIDEO] Lagi kes bendera Johor, Jalur Gemilang dipasang terbalik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-19-at-18.02.07-1024x768.jpeg)