Ahmad Jais Mahu TeamMAS Beri Yang Terbaik, Skuad Takraw Negara Intai Dua Emas

1 Sep 2026 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ketua Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun menitipkan kata-kata semangat buat kontinjen TeamMAS yang bakal membawa cabaran Malaysia di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Beliau berharap setiap pasukan mampu memberikan persembahan terbaik dan mencapai kejayaan, selain mengajak seluruh rakyat Malaysia terus berdiri teguh memberikan sokongan kepada atlet negara.

Skuad takraw bawa momentum positif

Image from: Ahmad Jais Mahu TeamMAS Beri Yang Terbaik, Skuad Takraw Negara Intai Dua Emas
Image from: Ahmad Jais Mahu TeamMAS Beri Yang Terbaik, Skuad Takraw Negara Intai Dua Emas

Bagi skuad sepak takraw sendiri, mereka hadir ke Sukan Asia kali ini dengan keyakinan tinggi selepas Malaysia muncul juara acara regu berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026, Mei lalu.

Dalam aksi final tersebut, Malaysia menewaskan seteru tradisi Thailand 2-1 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Malah, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk melihat skuad negara membawa pulang dua pingat emas menerusi acara regu lelaki dan regu berpasukan lelaki di Aichi-Nagoya.

Cabaran besar menanti di Jepun

Malaysia diundi dalam Kumpulan B acara berpasukan bersama India, Filipina dan tuan rumah Jepun. Bagi acara regu pula, skuad negara berada dalam kumpulan sama dengan Vietnam dan Myanmar.

Kapten negara, Farhan Adam turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan pasukan untuk mencabar Thailand, dengan skuad kebangsaan membawa momentum kejayaan pingat emas Sukan SEA 2025 serta kejuaraan Piala Dunia ISTAF 2026.

Image from: Ahmad Jais Mahu TeamMAS Beri Yang Terbaik, Skuad Takraw Negara Intai Dua Emas

Persiapan barisan pelapis juga tidak diketepikan apabila skuad kedua negara berjaya mara sehingga ke final acara regu berpasukan Piala Raja Thai 2026 sebelum muncul naib juara selepas tewas kepada Thailand.

Dengan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 semakin hampir, sokongan rakyat Malaysia pastinya menjadi pembakar semangat buat setiap atlet yang membawa Jalur Gemilang.

The post Ahmad Jais Mahu TeamMAS Beri Yang Terbaik, Skuad Takraw Negara Intai Dua Emas appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved