Ahmad Maslan tegaskan BN setia dengan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 4:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka kekal mempertahankan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh penggal semasa.

Image from: Ahmad Maslan tegaskan BN setia dengan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggalMemetik laporan Kosmo, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen BN ketika Kerajaan Perpaduan mula dibentuk.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan pendirian untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan BN sehingga berakhirnya penggal.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menyatakan terus bersama UMNO dan BN.
“Kami (Ahli Parlimen BN) juga telah menandatangani (perjanjian) menyokong kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal, hari ini.

Kenyataan Ahmad itu menyusul selepas Anwar ketika berucap pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin, menegaskan BN akan terus berada dalam Kerajaan Perpaduan walaupun berdepan tekanan daripada pemimpin serta penyokong parti berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, keputusan berhubung tarikh sebenar berakhirnya penggal kerajaan diserahkan kepada kebijaksanaan Anwar selaku Perdana Menteri.

Image from: Ahmad Maslan tegaskan BN setia dengan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal

Beliau berkata, penggal tersebut boleh berakhir pada hujung tahun ini atau diteruskan sehingga tahun depan, bergantung kepada keputusan Perdana Menteri.

Pada masa sama, Ahmad menjelaskan perjanjian yang menjadi asas pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya terpakai di peringkat Persekutuan dan tidak melibatkan kerjasama politik di setiap negeri.

Artikel lain: Ahmad Maslan tegaskan BN bebas atur strategi politik di peringkat negeri – “PN tidak akan telan kita”

Katanya, situasi itu menyebabkan bentuk kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri berbeza mengikut negeri masing-masing.

“Seingat saya, mungkin hanya Pulau Pinang yang ada perjanjian (kerajaan Perpaduan), yang lain tiada. Sebab itu (Pilihan Raya Negeri) Johor, Melaka, Sarawak dan Sabah pendekatan berbeza,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo (Mohd Azli Adlan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved