Guna #BellaSyedYes, BASS Akan Buat Pengumuman Esok?

LocalEntertainment
17 Aug 2026 • 7:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft BASS 1

Peminat penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat begitu teruja kerana pasangan yang dikenali sebagai BASS ini dikatakan bakal membuat satu pengumuman eksklusif esok.

Menurut Kosmo!, berdasarkan pengumuman yang dibuat menerusi sebuah program siaran langsung sebelum ini BASS akan muncul secara eksklusif jam 9 malam esok bagi berkongsi satu berita istimewa buat rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan : Duduk Semeja Ketika Majlis Pertunangan BASS, Asyraf Khalid Ambil Peluang Mohon Maaf Kepada Fazura

Artikel berkaitan : “Dia pun tak single tau” – Bella Astillah Buka Mulut Susulan Dakwaan BASS Ada Orang Ketiga

Rata-rata peminat semakin berdebar-debar apabila melihat tanda pagar #BellaSyedYes turut digunakan dalam hebahan berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat mengenai intipati dalam pengumuman itu.

Bahkan rata-rata peminat akui bahawa mereka tidak sabar menunggu pengumuman itu selain mendoakan yang terbaik buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan ini.

Screenshot 2026 08 17 185754

“Kita yang tengok pun turut bahagia dan gembira dengan mereka BASS. Tak sabar tunggu pengumuman esok, berdebar sebenarnya.”

“Esok jangan lupa BASS ada buat pengumuman eksklusif pukul 9 malam. Mungkin nak umum tarikh nikah.”

Sebellum ini, Syed Saddiq telah mengesahkan tarikh pernikahannya dengan Bella sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga mereka, bagaimanapun masih belum bersedia untuk diberitahu kepada umum.

Screenshot 2026 08 17 185905

Menurutnya lagi, buat masa ini hanya keluarga yang terdekat dan kenalan rapat sahaja dimaklumkan mengenai tarikh berkenaan bagi menghormati keluarga sebelum membuat pengumuman rasmi.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved