BN tak berganjak! Kekal komited dalam Kerajaan Persekutuan hingga akhir penggal -Khaled

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 8:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Barisan Nasional (BN) kekal komited untuk meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH) dan PKR sehingga tamat penggal, meskipun kedua-dua gabungan berkenaan bertembung dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).

BN sentiasa beri komitmen penuh

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan BN sentiasa memberikan komitmen penuh dalam setiap kerjasama yang dilakukan dan pendirian itu tidak akan berubah secara semberono.

Menurutnya, penyertaan BN dalam Kerajaan Persekutuan bersama PH dan PKR dibuat atas kesedaran untuk memastikan kestabilan politik serta kemakmuran rakyat, selari dengan pendirian Presiden UMNO.

“BN adalah parti yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam apa-apa kerjasama yang dilakukan. Komitmen dan kesungguhan BN dalam menjayakan sesuatu perkara bukanlah perkara yang diberikan atau ditarik balik secara semberono atau sesuka hati,” ujarnya.

Image from: BN tak berganjak! Kekal komited dalam Kerajaan Persekutuan hingga akhir penggal -Khaled

Tak jadikan keputusan PRN alasan tarik balik komitmen diberi

Beliau berkata, keputusan BN bertanding menentang PH dan PKR dalam PRN Sabah, Johor serta Negeri Sembilan sebelum ini tidak dijadikan alasan untuk menarik balik komitmen terhadap kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Sekali pun BN bertanding menentang PH/PKR dalam siri-siri PRN sebelum ini, BN tidak menjadikan keputusan-keputusan dalam PRN di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan tersebut sebagai alasan untuk menarik balik komitmen yang telah diberikan,” jelasnya.

Image from: BN tak berganjak! Kekal komited dalam Kerajaan Persekutuan hingga akhir penggal -Khaled

Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa perbezaan pentadbiran di peringkat negeri tidak menghalang kerjasama yang baik di peringkat Persekutuan, malah keadaan tersebut merupakan sebahagian daripada realiti politik Malaysia yang perlu diterima secara matang.

“Perbezaan pentadbiran di peringkat negeri tidak menghalang kerjasama yang baik di peringkat Persekutuan. Ini adalah struktur dan realiti yang unik tentang negara kita. Bentuk kerjasama dan kelaziman politik seperti ini harus mula diterima dengan matang dan terbuka,”

PRU16 sebagai titik perubahan

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan PRU16 akan diuruskan apabila tiba masanya dan tidak seharusnya menjejaskan komitmen BN dalam kerajaan ketika ini.

Tegasnya, BN akan terus melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam Kerajaan Persekutuan sehingga akhir penggal.

“BN melihat PRU16 sebagai satu titik perubahan atau keputusan yang harus diuruskan apabila tiba masanya kelak dan bukannya dengan mengubah komitmen sedia ada dalam kerjasamanya bersama PH di peringkat persekutuan.”
“Buat masa ini, BN akan kekal komited dan serius dalam menjayakan peranan serta tanggungjawabnya dalam Kerajaan Persekutuan sehingga akhir penggal,” katanya.

Image from: BN tak berganjak! Kekal komited dalam Kerajaan Persekutuan hingga akhir penggal -Khaled

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved