Ahmad Zahid gamatkan PAU 2026 guna slanga Gen-Z, sindir pemimpin enggan dengar keluhan rakyat

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 2:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ahmad Zahid gamatkan PAU 2026 guna slanga Gen-Z, sindir pemimpin enggan dengar keluhan rakyat
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar PAU 2026 di Dewan Merdeka WTCKL pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN-ROSLI TALIB.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir pemimpin yang didakwa enggan mendengar keluhan dan keresahan dibangkitkan masyarakat.

Meskipun tidak menamakan pemimpin terbabit, Ahmad Zahid dalam nada sinis menggesa individu berkenaan untuk menghentikan segera tindakan yang 'tidak sihat' kepada pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri itu turut memberi jolokan 'guru' kepada pemimpin terbabit, merujuk kepada 'meme' tular di media sosial yang digunakan orang ramai ketika ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukan mahu membakar api atau membangkitkan provokasi, sebaliknya ingin memastikan keresahan rakyat tidak terus dipandang remeh.

"Cukup-cukuplah, guru! Dengarlah suara kami, guru! Dengarlah suara rakyat, wahai guru! Cukup-cukuplah! Insya-ALLAH, kami boleh buat lebih baik daripada apa yang guru buat.

"Saya bukan mahu membakar api atau memprovokasikan sesuatu, tetapi kita tidak mahu menyemarakkan keresahan.

"Menimbulkan kegelisahan, apatah lagi kekeliruan yang tidak berkesudahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Tidak cuma itu, slanga Gen-Z terus dimainkan ketika ucapan Ahmad Zahid bagi menyeru anak-anak muda supaya menjadikan Rumah Bangsa sebagai tempat untuk berkarya.

Katanya lagi, ruang dan peluang dibuka seluas-luasnya untuk anak muda melakar kanvas perjuangan UMNO dengan idea baharu serta impian generasi berkenaan.

"Kalau anakanda ada idea yang 'slay', jangan simpan. 'Flex' kan biar kita tengok siapa yang benar-benar boleh bawa 'W' kepada UMNO. 'For real, for real'.

"Inilah bahasa mereka sekarang. Kepada Pemuda dan Puteri UMNO, dekati serta santunilah mereka insya-ALLAH mereka datang kepada kita," ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved