Ahmad Zahid seru rakyat waspada hadapi Monsun Timur Laut

LocalEnvironment
27 Oct 2026 • 10:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ahmad Zahid seru rakyat waspada hadapi Monsun Timur Laut

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan susulan jangkaan bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 hari ini.

Beliau berkata, musim monsun yang dijangka berterusan hingga Mac 2027 itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, banjir serta keadaan laut bergelora yang boleh mengancam keselamatan penduduk, khususnya di kawasan berisiko.

“Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku antara November 2026 hingga Januari 2027.

“Keadaan ini boleh meningkatkan risiko banjir, khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, angin kencang sepanjang tempoh berkenaan juga boleh menyebabkan laut bergelora serta kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mengikuti ramalan dan amaran cuaca semasa serta mengelakkan kawasan yang berisiko dinaiki air.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah banjir dan mematuhi arahan pihak berkuasa, termasuk berpindah sekiranya keadaan memerlukan.

Selain itu, Ahmad Zahid menekankan kepentingan membuat persediaan awal dengan memastikan dokumen penting, ubat-ubatan, keperluan asas dan nombor kecemasan tersedia untuk digunakan ketika kecemasan.

“Keselamatan diri dan keluarga mesti menjadi keutamaan,” katanya yang berharap agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada sebarang musibah sepanjang tempoh MTL ini. – BERNAMA

The post Ahmad Zahid seru rakyat waspada hadapi Monsun Timur Laut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved