Pahang peruntuk RM3.78 juta bekalan makanan kering hadapi MTL

LocalEnvironment
27 Oct 2026 • 12:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pahang peruntuk RM3.78 juta bekalan makanan kering hadapi MTL

LIPIS – Kerajaan Pahang memperuntukkan RM3.78 juta bagi menyediakan bekalan makanan kering untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, melibatkan penghantaran ke 167 pangkalan hadapan di seluruh negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 332,906 unit atau pek barangan makanan kering seberat 225.11 tan disediakan bagi memastikan bantuan makanan dapat disalurkan segera kepada mangsa banjir.

“Bekalan ini akan diagihkan kepada sebanyak 167 pangkalan hadapan dan ini adalah perkara biasa. Setiap tahun kita laksanakan. Kita mengambil tindakan proaktif sekiranya berlaku banjir kilat ataupun bencana secara tiba-tiba, kita telah menyediakan barangan kering untuk di bagi kepada mangsa-mangsa banjir.

“Peruntukan kita bagi langsung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan RM3.7 juta,”katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Penghantaran Barang Makanan Kering ke Pangkalan Hadapan Peringkat Negeri Pahang bagi MTL 2026/2027 di Hotel Jelai Inn, Felda Sungai Koyan di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya bekalan makanan berkenaan tidak digunakan atau masih berbaki selepas tempoh ditetapkan, barangan seperti beras akan dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, persediaan menghadapi bencana turut dilaksanakan secara berperingkat dengan penyelarasan di peringkat negeri dan daerah.

“Penghantaran bekalan ke semua pangkalan hadapan berkenaan dijadualkan selama dua minggu bermula 27 Oktober hingga 14 November ini, melibatkan 11 daerah di Pahang terutama di kawasan pedalaman Hulu Lipis dan Jerantut serta kawasan pulau seperti Pulau Tioman yang berisiko menghadapi gangguan perhubungan ketika musim tengkujuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pahang peruntuk RM3.78 juta bekalan makanan kering hadapi MTL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved