AIM terpaksa kecilkan operasi farmasi kepada 4 cawangan susulan kerugian bagi 4QFY26

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2026 • 5:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AIM terpaksa kecilkan operasi farmasi kepada 4 cawangan susulan kerugian bagi 4QFY26 Image from: AIM terpaksa kecilkan operasi farmasi kepada 4 cawangan susulan kerugian bagi 4QFY26 amree04/09/2026 - 17:35 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Sept – Advance Information Marketing Berhad (AIM) terus berdepan cabaran perniagaan farmasi runcit sengit apabila terpaksa mengecilkan rangkaian operasinya kepada hanya empat outlet.

 

Menurut makluman kumpulan tersebut kepada Bursa Malaysia, jumlah itu merosot separuh berbanding lapan cawangan pada tempoh sama tahun lalu, dalam usaha membendung kerugian yang semakin melebar.

 

Antara yang ditutup termasuk outlet di Terminal 2 KLIA, susulan langkah penamatan operasi farmasi yang tidak menguntungkan sebagai sebahagian pelan penyusunan semula perniagaan jangka panjang.

 

"Berdasarkan laporan kewangan tidak diaudit bagi 4QY26 berakhir 30 Jun 2026, kerugian sebelum cukai (PBT) RM2.54 juta, berbanding RM2.05 juta pada suku sama tahun sebelum itu," kata AIM.

 

Hasil kumpulan bagi suku tersebut turut merosot 56% kepada RM0.76 juta daripada RM1.73 juta setahun lalu, manakala berbanding suku ketiga FY26, pendapatan susut 59% daripada RM1.87 juta.

 

Jelas kumpulan itu, kemerosotan hasil disebabkan penutupan outlet farmasi tidak menguntungkan bagi mengurangkan kerugian operasi, selain kos penstrukturan runcit yang masih lagi perlu ditanggung.

 

AIM_DagangNews2026

 

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, AIM mencatat hasil RM7.57 juta, namun kerugian selepas cukai (PAT) RM5.36 juta, mencerminkan tekanan berterusan prestasi perniagaan farmasi runcit.

 

"Situasi sebelum ini turut mencetuskan ketidakpastian berkaitan kelangsungan operasi di peringkat induk namun isu itu dapat dipulihkan susulan pelaksanaan pelan penstrukturan modal," tambahnya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, ia melaksanakan pengurangan modal RM32 juta pada suku semasa bagi menghapuskan kerugian terkumpul, dan memulihkan ekuiti syarikat kepada kedudukan positif.

 

AIM turut melunaskan sepenuhnya kemudahan overdraf bank berjumlah RM513,000 pada Januari 2026, langkah dijangka mengurangkan beban hutang serta kos faedah dan membantu kestabilan aliran tunai.

 

Melangkah ke hadapan, ia akan memberi tumpuan kepada perniagaan teras, iaitu farmasi runcit dan perkhidmatan penyumberan luar, termasuk meningkatkan jualan produk bermargin lebih tinggi.

 

"Penstrukturan operasi yang berterusan dijangka mengurangkan kerugian, manakala kedudukan modal diperkukuh akan memberi asas pembinaan semula operasi secara mampan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved