BTM Resources kurangkan kerugian bersih bagi 4QFY26 namun hasil merosot akibat tekanan operasi

Business & Finance
27 Aug 2026 • 7:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BTM Resources kurangkan kerugian bersih bagi 4QFY26 namun hasil merosot akibat tekanan operasi Image from: BTM Resources kurangkan kerugian bersih bagi 4QFY26 namun hasil merosot akibat tekanan operasi amree27/08/2026 - 19:23 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Ogos — BTM Resources Berhad berjaya mengurangkan kerugian bersih secara drastik kepada RM1.64 juta bagi 4QFY26 berakhir 30 Jun 2026, berbanding kerugian RM9.33 juta pada 4QFY25.

 

Kejayaan ini dicapai di sebalik tekanan berterusan yang dihadapi oleh operasi pemprosesan kayu  yang terus dihimpit oleh ketidaktentuan permintaan pasaran dan isu kekurangan bekalan bahan mentah.

 

Bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, ia mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) RM5.09 juta direkodkan daripada hasil terkumpul berjumlah RM6.53 juta bagi tempoh 12 bulan itu.

 

"Situasi ini mencerminkan cabaran secara berterusan untuk memulihkan kedudukan kewangan segmen teras pembuatan kayu syarikat," jelas BTM Resources dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.

 

Bagaimanapun, prestasi tahunan ini menunjukkan pemulihan ketara berbanding tahun kewangan terdahulu berakhir 30 Jun 2025, yang merekodkan LAT RM17.01 juta daripada pendapatan sebanyak RM9.11 juta.

 

Ujarnya, prestasi tahun kewangan sebelumnya itu perlu dinyatakan sebagai merangkumi tempoh operasi yang lebih panjang iaitu 18 bulan susulan pertukaran tarikh akhir tahun kewangan kumpulan.

 

Melihat dengan lebih dekat prestasi suku terkini, BTM Resouces merekodkan hasil RM1.82 juta bagi suku keempat, iaitu merosot berbanding RM2.7 juta dicatatkan pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2026.


Volum Jualan Lebih Rendah

"Kejatuhan hasil sebanyak RM876,000 daripada suku sebelumnya ini berpunca daripada volum jualan yang lebih rendah dalam kalangan aktiviti perniagaan berasaskan kayu syarikat," tambahnya lagi.

 

Kemerosotan jualan ini, digabungkan dengan pelarasan susut nilai stok inventori bernilai RM0.53 juta, dan menyebabkan LAT suku keempat meningkat berbanding kerugian RM920,000 pada suku ketiga.

 

Sebagai usaha komprehensif memulihkan kedudukan kewangan dan kunci kira-kira, BTM Resources melaksanakan pelan korporat penubuhan semula modal sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026. 

 

Langkah utama yang diambil termasuk pengurangan modal saham terbitan (SCR) bernilai RM80 juta dikuatkuasakan sepenuhnya pada 17 April 2026 selepas menerima kelulusan daripada pemegang saham.

 

"Bagi prospek masa hadapan, BTM Resources berhasrat menumpukan usaha untuk memperkukuh kapasiti dalam pasaran pemprosesan dan perdagangan produk kayu bagi memulihkan aliran hasil," katanya. 

 

Lembaga Pengarah bagaimanapun menjangkakan prestasi operasi terus menghadapi laluan mencabar disebabkan kekurangan bahan mentah serta ketidaktentuan harga pasaran kayu global.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved