Aina Abdul Jadi Pilihan Carmelle! Terbuka Untuk Kolaborasi - "Anda Sangat Hebat..."

2 Nov 2026 • 2:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Aina Abdul Jadi Pilihan Carmelle! Terbuka Untuk Kolaborasi - "Anda Sangat Hebat..."

Penyanyi dan peserta Eurovision Asia dari Filipina, Carmelle menyorot perhatian peminat penyanyi, Aina Abdul apabila menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pelantun lagu Bluest Sky itu sekiranya diberi peluang.Menurut Carmelle, dia terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, namun Aina menjadi pilihan utamanya kerana kagum dengan kehebatan vokal serta lagu Bluest Sky."Bagi saya, saya terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, tetapi jika saya perlu memilih seorang, saya akan memilih Cik Aina Abdul."Ini kerana anda sangat hebat, terutamanya lagu 'Bluest Sky' anda."Pada masa yang sama, saya juga menyanyikan lagu-lagu berentak balada seperti itu. Jadi, saya sangat teruja sekiranya kolaborasi itu dapat direalisasikan."Namun, saya juga terbuka dan sudi untuk bekerjasama dengan finalis-finalis yang lain," katanya.Terdahulu, Carmelle mencuri perhatian netizen selepas memberikan reaksi positif terhadap persembahan vokal Aina Abdul.Menerusi potongan video yang dikongsikan di Threads, Carmelle dilihat memuji suara Aina ketika mendengar lagu Bluest Sky, sekali gus mengundang perhatian peminat muzik tempatan.Sekadar info, Aina dijadualkan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November ini di Bangkok, Thailand, dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa.Antara negara lain yang bakal memberikan saingan termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved