Tarik leher Bella Astillah dan cium, Space Dollah anggap tindakan wanita itu comel. 'Dia patut dapat award'

27 Oct 2026 • 9:20 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Tarik leher Bella Astillah dan cium, Space Dollah anggap tindakan wanita itu comel. 'Dia patut dapat award'

KEMERIAHAN kenduri rakyat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon Bella Astillah di Muar, Johor, pada Ahad bertukar perhatian apabila video seorang wanita menarik leher Bella untuk mencium pipinya tular di media sosial.

Majlis yang dihadiri ribuan tetamu itu menyaksikan pasangan pengantin baharu beramah mesra dengan orang ramai yang datang untuk meraikan hari bahagia mereka.

Namun, tindakan spontan seorang tetamu wanita yang memegang leher dan menarik Bella ke arahnya untuk mencium pipi penyanyi itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi video yang tersebar, wanita berkenaan dilihat menarik bahagian leher Bella ketika penyanyi itu sedang menyantuni tetamu. 

Image from: Tarik leher Bella Astillah dan cium, Space Dollah anggap tindakan wanita itu comel. 'Dia patut dapat award'

Insiden itu mencetuskan perdebatan apabila ada yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai keterlaluan dan tidak menghormati ruang peribadi seseorang.

Dalam pada itu, personaliti media sosial yang juga abang kepada Syed Saddiq, Space Dollah tampil dengan pandangan berbeza mengenai kejadian berkenaan.

Menerusi hantaran di Threads abang Syed Saddiq, pempengaruh Space Dollah itu menyifatkan tindakan wanita berkenaan sebagai sesuatu yang comel.

Image from: Tarik leher Bella Astillah dan cium, Space Dollah anggap tindakan wanita itu comel. 'Dia patut dapat award'

"I think the makcik kissing Bella cheeks is cute! Dia patut dapat award sebab comel gila!" kongsinya.

Bagaimanapun, pandangan itu hadir ketika sebahagian warga maya meluahkan kebimbangan sekiranya tindakan serupa berulang, terutama ketika pasangan pengantin baharu tersebut beramah mesra dengan orang ramai.

Ada yang memuji Bella kerana masih mampu tersenyum ketika berdepan situasi berkenaan, manakala sebahagian yang lain mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab dan menghormati batas peribadi.

Image from: Tarik leher Bella Astillah dan cium, Space Dollah anggap tindakan wanita itu comel. 'Dia patut dapat award'

"Orang tua kan dia rasa sayang sangat la tu. Bella pula comel."

"Nope! Please don’t normalise this. Biar ada adab, ada batas. Sian Bella."

"Bella kan memang ramai sayang, kita semua tahu tapi, macam agak kurang manis untuk main rangkul leher orang macam tu."

Terdahulu, Public Health Malaysia berkongsi jumlah tetamu pada Kenduri Rakyat di Muar ialah kira-kira 15,000 orang dan menduduki tempat keenam majlis perkahwinan paling ramai dihadiri di Malaysia.

Sumber: Threads

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved