Ajaran Qadiani : Serbuan pihak berkuasa tidak llibatkan Masjid Kg. Nakhoda

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 1:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ajaran Qadiani : Serbuan pihak berkuasa tidak llibatkan Masjid Kg. Nakhoda

PETALING JAYA: Serbuan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Nakhoda dan Kampung Laksmana semalam tidak melibatkan Masjid Kampung Nakhoda yang berada di lokasi berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan yang dilaksanakan itu membabitkan dua premis yang dijadikan pusat keagamaan oleh warga asing.

Katanya, terdapat dua premis diperiksa iaitu sebuah masjid dan premis bangunan di lokasi terbabit.

“Premis itu telah dijadikan tempat keagamaan atau tempat ibadah oleh warga asing tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, kita juga ada melakukan pemeriksaan sebuah Masjid bagi mengenal pasti sekiranya terdapat warga asing tidak mempunyai dokumen atau pas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, enam warga asing yang ditahan dalam serbuan semalam masih ditahan bagi membolehkan pihak imigresen menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk tempoh mereka berada di negara ini,” jelasnya.

Image from: Ajaran Qadiani : Serbuan pihak berkuasa tidak llibatkan Masjid Kg. Nakhoda
Mohd Azmi Md Eusoff

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Nakhoda, Mohd Azmi Md Eusoff ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, serbuan dilaksanakan semalam tidak melibatkan Masjid Kg. Nakhoda

Katanya, laporan yang disiarkan oleh media sebelum ini terdapat kekeliruan dan kurang tepat.

“Tiada pemeriksaan atau ajaran itu di Masjid Kg. Nakhoda sebaliknya terdapat premis persendirian yang dijadikan pusat kegiatan keagamaan oleh warga asing,” katanya. – UTUSAN

The post Ajaran Qadiani : Serbuan pihak berkuasa tidak llibatkan Masjid Kg. Nakhoda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved