Serbuan PATI berterusan, depot imigresen sesak

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Serbuan PATI berterusan, depot imigresen sesak

MACHANG – Serbuan berterusan Jabatan Imigresen (JIM) bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan antara punca yang menyebabkan depot tahanan imigresen di seluruh negara penuh dan sesak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak JIM ketika ini menjalankan serbuan tanpa henti setiap hari sekali gus mengakibatkan depot imigresen tidak mampu menampung jumlah warga asing.

Katanya, depot imigresen di seluruh negara ketika ini hanya mampu menampung seramai 20,000 penghuni dan berkemungkinan PATI yang ditangkap terpaksa diletakkan di depot main.

“Hasil daripada serbuan yang berterusan, JIM akhirnya dapat membuat pemetaan lokasi PATI di seluruh negara melibatkan kawasan panas yang mempunyai ramai warga asing tinggal, menginap atau berkumpul.

“Jadi, angka tahanan PATI yang sahih dikenal pasti oleh JIM melalui pengumpulan data sebelum dibuat pemetaan dan mengenal pasti jumlah warga asing yang tiada dokumen ketika berada di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Lawar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu, melalui proses itu, JIM dapat mengenal pasti PATI yang memiliki pas tamat tempoh, menyalahgunakan pas pelajar dan warga asing bertaraf pelarian.

Katanya, kesemua tangkapan itu akan diprofil bagi mendapatkan angkat yang sah melibatkan tangkapan PATI dan pelarian.

“Jadi, terdapat kaedah yang berlainan terhadap segmen warga asing tertentu. Apabila tahanan warga asing di kawasan panas, serbuan terus dijalankan dan jumlahnya pasti melibatkan tangkapan yang ramai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Serbuan PATI berterusan, depot imigresen sesak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved